Assalamualaikum.... setelah sekian lama menyepikan diri tidak mengemaskini blog SP, kini SP ingin mengambil kesempatan mengucapkan :
SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN
NIKMATI PUASA
MARHABAN YA RAMADHAN
Baiklah.. sekarang SP nak berkongsi kenangan SP di bulan Ramadhan. Kenangan yang paling Sp tak dapat lupa ialah ketika SP berada di UiTM kampus Lendu. Kehidupan tinggal di asrama yang penuh dengan ragam.
Di semester pertama, SP dan teman-teman yang ketika itu freshies, tinggal di dorm di Komsis (Kompleks Siswa) Firdaus yang lokasinya terletak di tempat paling tinggi di UiTM Lendu. Satu dorm menempatkan dalam 20 orang semuanya. Aduhai bayangkanlah tinggal di dorm ketika di IPT. Ada seronoknya tapi tension kalau terdapat test atau Final exam. Haaa tapi itu akan diceritakan mungkin di episod lain.
Ketika berpuasa pertama kali di UiTM yang pada ketika itu masih dikenali ITM, memang amat menyeronokkan. Bayangkanlah pada saat hendak berbuka kami akan turun beramai2 awal2 lagi kerana tempat duduk di dewan makan tidak dapat menampung kehadiran semua pelajar lelaki sekaligus. Pertama kali memang kami rajin pergi ke dewan makan. tapi setelah beberapa hari kami akan turun awal di dewan makan dengan membawa bekas makanan masing-masing dan tidak dilupakan botol minuman ringan seorang satu.
Malah pada ketika itu, bukan sahaja makanan kami sahaja yang perlu di ambil, ada juga penghuni dorm dengan paksarela di suruh oleh senior untuk mengambil juadah berbuka untuk mereka juga. Nasib baiklah SP jarang terkena kerana ada juga yang telah tersenarai dalam jadual giliran mengambil juadah berbuka untuk abang2 senior.
Walaupun agak perit melayan karenah abg2 senior, namun itu semua menjadi kenangan yang kadangkala membuat kita tersenyum mengenangkannya. Berbalik kepada berbuka puasa tadi, setelah juadah diambil, apabila saat berbuka datang, kami akan duduk beramai-ramai didalam dorm makan bersama-sama menikmati juadah yang diambil di dewan makan. hari yang paling meriah adalah ketika berbuka di petang hari Ahad, ini adalah kerana ramai di kalangan kami yang akan baru pulang dari kampung halaman akan membawa juadah dari rumah masing-masing. Di kala itulah kadangkala tuan punya yang membawa juadah tersebut hanya dapat sisa-sisa dari teman-teman di dorm.
Riuh rendah juga keadaan ketika berbuka. Aduhai... andai dapat SP undurkan masa. Jadi inilah sebahagian kenangan SP ketika berpuasa pertama kali di dorm di UiTM Lendu. Nantikan kenangan-kenangan lain yang akan SP kongsikan bersama ye...
more