Apabila tiba bulan ramadhan mulalah ada paparan berita tentang mangsa-mangsa kecuaian bermain mercun. Sungguh kreatif tidak bertempat mereka ini. Sebenarnya SP pon suka juga bermain mercun masa zaman kanak-kanak dulu. Boleh tahan nakal juga le. hehehe
Bunga api di atas adalah sesuai untuk kanak-kanak kecil dan kurang merbahaya. Tetapi masih perlu dibawak pengawasan orang dewasa.
Haa... yang ini pulak dinaiktaraf daripada bermain bunga api yang biasa-biasa. Mercun ini adalah tahap pertama sebelum bermain mercun yang lain-lain. Sekarang ini SP selalu temankan anak saudara SP yang berumur 4 tahun bermain mercun ini.
Mercun tepek padi adalah kegemaran SP dahulu. Nak beli yang warna merah waktu itu SP belum mampu. Cara SP main mercun tepek padi itu pun berbeza kerana ingin berjimat kerana kehidupan belum mewah ketika itu. Mercun tersebut akan dileraikan satu persatu. Bagi yang berani akan nyalakan mercun tersebut dengan memegangnya dengan tangan, kepada yang penakut... huhuhu mercun tersebut akan di cucukkan ke lidi kemudian diacukan ke arah nyalaan ubat nyamuk satu persatu. Berjimatlah katakan... hahahaha....
Kenapa tiba-tiba ada gambar spark plug ni pulak????
Spark plug ni dahulunya SP pernah buat mercun jugak. Bahagian atas plug dikorek sehingga bersih kemudia diisi denga belerang mancis atau belerang bunga api merah. Di tutup dengan pangkal paku kemudian di lambung tinggi. Macam bermain payung terjun, bahagiannya bawahnya di ikat dengan benang atai tali dan helaian plastik. Letupannya best jugak namun taklah sekuat meriam buluh. Bagaimana rupanya.. bayangkanlah sendiri ye.
Namun begitu ketika itu tiadalah kes putus jari walaupun agak nakal bermain mercun buatan sendiri ini kerana kami dulu-dulu dalam berani masih ada perasaan hati-hati... cewahhhh... hahahaha.
Tengoklah budak-budak zaman sekarang. Kreatif mereka tidak berlandaskan keselamatan... hehehe tengoklan akibatnya seperti di bawah. Malah ada yang maut disebabkan kecuaian sendiri dalam berseronok bermain mercun.
Dan SP harap tiadalah mangsa mercun seperti di bawah ni.
Apa-apa pun dalam kita berseronok kadang kala oleh kerana kecuaian sendiri akan mendatangkan malapetaka pula. Sebaiknya kita berseronok tetapi berpada-pada.