Friday, November 12, 2010

SP muncul lagi... hehehehehe....

| 0 comments
Setelah sekian lama berdiam diri... semakin bersawang blog SP ni. Sebenarnya SP agak kekeringan idea selepas raya yang lepas... jangan marah ek....

Baiklah! untuk tebus kemalasan SP nak kemaskini blog ni terimalah sebuah lagu yang agak menarik yang tiada dalam mana-mana pasaran... enjoy....

more

Monday, October 25, 2010

Maher Zain - Insha Allah

| 0 comments


Insha Allah. Insha Allah (God Willing) - Maher Zain.

Every time
You feel like you cannot go on
You feel so lost and that you're so alone
All you see is night
And darkness all around
You feel so helpless you can't see which way to go
Don't despair
And never lose hope
'Cause Allah is always by your side

Chorus:
Insha Allah
Insha Allah
Insha Allah
You'll find your way

Every time
You commit one more mistake
You feel you can't repent and that it's way too late
You're so confused
Wrong decisions you have made
Haunt your mind and your heart is full shame
But don't despair
And never lose hope
Coz Allah is always by your side

Chorus

Turn to Allah
He's never far away
Put your trust in Him
Raise your hands and pray
Ya Allah
Guide my steps, don't let me go astray
You're the only one who can show me the way
Show me the way
Show me the way
Show me the way

InshaAllah
InshaAllah
InshaAllah
We'll find the way

Lyrics: Maher Zain & Bara Kherigi
Melody: Maher Zain
Arrangement: Maher Zain & Hamza Namira
© Awakening Records 2009
more

Maher Zain - Allahi Allah Kiya Karo (Hindi)

| 0 comments



Allahi Allah kiya karo
Dukh na kisi ko diya karo
Jo duniya ka malik hai
Naam ussi ka liya karo.
Allah hee Allah
Allahi Allah kiya karo
Dukh na kissi ko diya karo
Jo duniya ka malik hai
Naam usi ka liya karo.
Allahi Allah
Just like a sunrise cant be denied
Oh, just like the river will find the sea
O Allah, Youre here and Youre always near
And I know without a doubt
That You always hear my prayer
Such ki raah pay chala karo
Dukh na kisi ko diya karo
Jo duniya ka malik hai
Naam ussi ka liya karo.
Allah hee Allah..
Allah hee Allah kiya karo
Dukh naa kisi ko diya karo
Jo duniya ka malik hai
Naam usi ka liya karo.
Allah hi Allah
So many bright stars
Like diamonds in the sky
Oh, it makes me wonder
How anyone can be blind
To all the signs so clear
Just open your eyes
And I know without a doubt
You will surly see the light
Aisa zulm na kiya karo
Dukh na kisi ko diya karo
Jo duniya ka malik hai
Naam usi ka liya karo.
Allah hee Allah
Allah he Allah kiya karo
Dukh na kisi ko diya karo
Jo duniya ka malik hai
Naam ussi ka liya karo.
Allah Hi Allah Kiya Karo Dukh Na Kissi Ko Diya
more

Monday, September 6, 2010

Antara nyalaan sumbu menjelang Lebaran

| 1 comments

Apabila tiba bulan ramadhan mulalah ada paparan berita tentang mangsa-mangsa kecuaian bermain mercun. Sungguh kreatif tidak bertempat mereka ini. Sebenarnya SP pon suka juga bermain mercun masa zaman kanak-kanak dulu. Boleh tahan nakal juga le. hehehe


Bunga api di atas adalah sesuai untuk kanak-kanak kecil dan kurang merbahaya. Tetapi masih perlu dibawak pengawasan orang dewasa.

Haa... yang ini pulak dinaiktaraf daripada bermain bunga api yang biasa-biasa. Mercun ini adalah tahap pertama sebelum bermain mercun yang lain-lain. Sekarang ini SP selalu temankan anak saudara SP yang berumur 4 tahun bermain mercun ini.

Mercun tepek padi adalah kegemaran SP dahulu. Nak beli yang warna merah waktu itu SP belum mampu. Cara SP main mercun tepek padi itu pun berbeza kerana ingin berjimat kerana kehidupan belum mewah ketika itu. Mercun tersebut akan dileraikan satu persatu. Bagi yang berani akan nyalakan mercun tersebut dengan memegangnya dengan tangan, kepada yang penakut... huhuhu mercun tersebut akan di cucukkan ke lidi kemudian diacukan ke arah nyalaan ubat nyamuk satu persatu. Berjimatlah katakan... hahahaha....

Kenapa tiba-tiba ada gambar spark plug ni pulak????

Spark plug ni dahulunya SP pernah buat mercun jugak. Bahagian atas plug dikorek sehingga bersih kemudia diisi denga belerang mancis atau belerang bunga api merah. Di tutup dengan pangkal paku kemudian di lambung tinggi. Macam bermain payung terjun, bahagiannya bawahnya di ikat dengan benang atai tali dan helaian plastik. Letupannya best jugak namun taklah sekuat meriam buluh. Bagaimana rupanya.. bayangkanlah sendiri ye.
Namun begitu ketika itu tiadalah kes putus jari walaupun agak nakal bermain mercun buatan sendiri ini kerana kami dulu-dulu dalam berani masih ada perasaan hati-hati... cewahhhh... hahahaha.
Tengoklah budak-budak zaman sekarang. Kreatif mereka tidak berlandaskan keselamatan... hehehe tengoklan akibatnya seperti di bawah. Malah ada yang maut disebabkan kecuaian sendiri dalam berseronok bermain mercun.


Dan SP harap tiadalah mangsa mercun seperti di bawah ni.


Apa-apa pun dalam kita berseronok kadang kala oleh kerana kecuaian sendiri akan mendatangkan malapetaka pula. Sebaiknya kita berseronok tetapi berpada-pada.
more

Salam Lebaran.....

| 0 comments


Aduhai syahdu benar SP dengar lagu raya ni. Lagu versi ini adalah kegemaran SP kerana agak syahdu didengar berbanding dengan versi sebenar atau versi Mamat Exist. Namun masing-masing ada kelebihan. Bak kata orang "rambut sama hitam, hati lain-lain". Masing-masing ada citarasa tersendiri.

Dengan ini SP ingin mengambil kesempata mengucapkan Selamat Menyambut Lebaran... segala kekhilafan SP harap dimaafkan.
more

Friday, August 27, 2010

Memory - Cats

| 0 comments



MEMORY - CATS

Midnight, Not a sound from the pavement
Has the moon lost her memory?
She is smiling alone
In the lamplight
The withered leaves collect at my feet
And the wind begins to moan

Memory, All alone in the moonlight
I can smile at the old days
I was beautiful then
I remember
The time I knew what happiness was
Let the memory live again

Every street lamp
Seems to beat
A fatalistic warning
Someone mutters
And a street lamp gutters
And soon it will be morning

Daylight, I must wait for the sunrise
I must think of a new life
And I mustn't give in
When the dawn comes
Tonight will be a memory too
And a new life will begin

Burnt out ends of smoky days
The stale cold smell of morning
The street lamp dies
Another night is over
Another day is dawning

Touch me, It's so easy to leave me
All alone with my memory
Of my days in the sun
If you touch me
You'll understand what happiness is
Look a new day has begun...
more

Wednesday, August 18, 2010

Sesekali menoleh ke belakang : Episod kenangan Ramadhan

| 0 comments


Assalamualaikum.... setelah sekian lama menyepikan diri tidak mengemaskini blog SP, kini SP ingin mengambil kesempatan mengucapkan :

SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN
NIKMATI PUASA
MARHABAN YA RAMADHAN

Baiklah.. sekarang SP nak berkongsi kenangan SP di bulan Ramadhan. Kenangan yang paling Sp tak dapat lupa ialah ketika SP berada di UiTM kampus Lendu. Kehidupan tinggal di asrama yang penuh dengan ragam.

Di semester pertama, SP dan teman-teman yang ketika itu freshies, tinggal di dorm di Komsis (Kompleks Siswa) Firdaus yang lokasinya terletak di tempat paling tinggi di UiTM Lendu. Satu dorm menempatkan dalam 20 orang semuanya. Aduhai bayangkanlah tinggal di dorm ketika di IPT. Ada seronoknya tapi tension kalau terdapat test atau Final exam. Haaa tapi itu akan diceritakan mungkin di episod lain.

Ketika berpuasa pertama kali di UiTM yang pada ketika itu masih dikenali ITM, memang amat menyeronokkan. Bayangkanlah pada saat hendak berbuka kami akan turun beramai2 awal2 lagi kerana tempat duduk di dewan makan tidak dapat menampung kehadiran semua pelajar lelaki sekaligus. Pertama kali memang kami rajin pergi ke dewan makan. tapi setelah beberapa hari kami akan turun awal di dewan makan dengan membawa bekas makanan masing-masing dan tidak dilupakan botol minuman ringan seorang satu.

Malah pada ketika itu, bukan sahaja makanan kami sahaja yang perlu di ambil, ada juga penghuni dorm dengan paksarela di suruh oleh senior untuk mengambil juadah berbuka untuk mereka juga. Nasib baiklah SP jarang terkena kerana ada juga yang telah tersenarai dalam jadual giliran mengambil juadah berbuka untuk abang2 senior.

Walaupun agak perit melayan karenah abg2 senior, namun itu semua menjadi kenangan yang kadangkala membuat kita tersenyum mengenangkannya. Berbalik kepada berbuka puasa tadi, setelah juadah diambil, apabila saat berbuka datang, kami akan duduk beramai-ramai didalam dorm makan bersama-sama menikmati juadah yang diambil di dewan makan. hari yang paling meriah adalah ketika berbuka di petang hari Ahad, ini adalah kerana ramai di kalangan kami yang akan baru pulang dari kampung halaman akan membawa juadah dari rumah masing-masing. Di kala itulah kadangkala tuan punya yang membawa juadah tersebut hanya dapat sisa-sisa dari teman-teman di dorm.

Riuh rendah juga keadaan ketika berbuka. Aduhai... andai dapat SP undurkan masa. Jadi inilah sebahagian kenangan SP ketika berpuasa pertama kali di dorm di UiTM Lendu. Nantikan kenangan-kenangan lain yang akan SP kongsikan bersama ye...


more

Tuesday, July 27, 2010

Sesekali menoleh ke belakang... Episod : Zaman Sekolah Rendah

| 0 comments
Justify Full

Gambar di atas merupakan gambar kenangan Sp semasa berada dalam darjah 1 ( Kredit kepada Cik Normala ). Pada ketika itu, merupakan hari penyampaian hadiah dan seperti biasa acara pakaian beragam adalah acara wajib gabi murid darjah satu ( sebab dalam darjah satu susah nak bimbing budak- budak ni membuat persembahan.

Inilah teman-teman SP dari darjah satu sehinggalah darjah enam kerana kami hanya ada satu kelas untuk setiap darjah. Seronok bila terkenang-kenang zaman persekolahan dulu. Seronok bukan main kalau menang dalam acara sukaneka sebab akan dapat hadiah walaupun sekadar tupperware. Bangga bila dapat memegang bungkusan hadiah.

Sp berada dalam darjah satu ketika tahun 1984. Tidak banyak kenangan yang diingati pada zaman itu. Tetapi kehidupan sepanjang zaman persekolahan di Sekolah Kebangsaan Ladang Yong Peng tidak pernah Sp lupakan. Sp tidak pernah merasa kehidupan bersekolah tadika sebalum memasuki sekolah biasa namun begitu Sp takdelah meraung di hari pertama persekolahan.

Di sekolah itulah Sp banyak menghabiskan masa zaman kanak-kanak Sp. Bersekolah kebangsaan di sebalah pagi, manakala di sebelah petangnya, di sekolah itu jugalah Sp belajar disekolah agama. Ini bermakna, Sp akan tetap menunggu di sekolah yang sama untuk menanti sessi persekolahan agama. Dari pagi hinggalah ke petang, Sp akan duduk di sekolah itu. Bukan SP sahaja tetapi kebanyakan murid yang tinggal agak jauh juga akan tinggal bersama menunggu sessi sekolah agama.

Bekalan makanan yang dibawa akan dimakan pada waktu rehat di sebelah pagi manakala bakinya ditinggalkan untuk dimakan sebelah petang. Bercerita tentang bekalan makanan, ada keunikannya. Pada waktu rehat, Sp dan kawan-kawan akan makan bersama-sama, malah kami juga kadangkala berkongsi lauk pauk yang dibawa. Ungkapan "kau bawak lauk apa ek.... mintak sikit leh tak?" adalah menjadi rutin kami. Dengan cara itu jugalah, kami dapat mempelbagaikan lauk yang kami makan pada hari itu. Lagipun ada program makanan tambahan, jadi bekalan makanan yang ada diusik sedikit manakala bakinya untuk di makan sebelah petang.

Sepanjang petang, selepas sessi persekolah kebangsaan tamat dalam pukul 12.45, Sp dan kawan-kawan mempunyai masa dalam 2 hingga 4 jam sebelum sessi sekolah agama bermula. Di masa itulah Sp akan menyelesaikan kerja sekolah. Setelah selesai membuat kerja sekolah, kadangkala kami akan menghabiskan masa dengan merayau di Pekan Kangkar Bahru. Malah kadangkala teman-teman yang tinggal berdekatan juga menjemput kami datang ke rumah mereka untuk berehat, makan dan membersihkan diri sebelum meneruskan sessi persekolahan agama. Selalunya anak-anak polislah yang begitu berbesar hati menumpangkan kami di rumah mereka.

Hari selasa adalah hari yang agak meriah pada zaman itu kerana pada ketika itu terdapat pasar sehari disebelah petangnya. Kami sanggup menyimpan wang saku persekolahan sepanjang seminggu untuk membeli apa saja di pasar sehari tersebut. Seronok berjalan-jalan di pasar sehari tersebut bersama rakan-rakan.

Banyak kenangan indah ketika di zaman persekolahan kannnn.... ini adalah sebahagian dari cerita Sp untuk tatapan semua.... Andai dapat kuundurkan masa... alahai.....

more

Saturday, May 22, 2010

Tersenyumlah.....

| 2 comments

Walau apa pun yang berlaku, senyuman adalah pengubatnya. Walaupun ada yang dengki dengan SP sehinggakan blog lama SP hilang namun SP tetap tersenyum walaupun pada mulanya agak sedih dan bengang.

"Smiling is the best remedy", itulah yang SP selalu pegang bila menghadapi kekusutan. Dengan bertenang, tutupkan mata, tarik nafas dalam-dalam dan hembuskan dengan perlahan-lahan kemudian tersenyum. Walaupun kadang-kadang tidak berapa reda tapi sekurang-kurangnya dapat mengurangkan tekanan.

Dengan itulah... amalkanlah hidup penuh dengan senyuman.
more

Tuesday, May 18, 2010

Aduhai... ooooo aduhai

| 0 comments
Apakah dosa SP sehinggakan blog lama SP sudah tidak boleh dijumpai lagi. Sedih dan marah bercampur disebabkan perkara ini berlaku. Terpaksalah SP mulakan semula dari awal. Semoga Allah mengampunkan dosa orang yang telah menganiaya hambaMu ini... Amin
more
Powered By Blogger
Powered by Blogger.